Pages

Welcome

Saturday, October 30, 2010

Internet oh internet...


Orang bercakap mengenai internet dalam semua aspek.Pendidikan, perniagaan, urusan dengan kerajaan dan banyak lagi.Kebergantungan kepada internet sememangnya tidak dapat disangkal lagi.


Kita akui bahawa internet sememangnya memberi kebaikan dan keburukan tetapi yang menjadi persoalannya sekarang adalah yang mana lebih banyak?Kebaikan atau keburukan?.

Semua lapisan masyarakat merasai "aura" internet itu sendiri.Melalui internet wujudnya masalah sosial yang tidak dijangka.Melalui internet wujud kecelaruan maklumat.,Melalui internet memberi kesan kepada individu itu sendiri.Melalui internet itu juga wujudnya jenayah siber.Melalui internet kita mendapai maklumat.Melalui internet kita mendapat manfaat dan pelbagai 1001 cerita mengenainya.

Majalah PC edisi oktober 2010 membincangkan mengenai perang siber?.Apabila bercakap mengenai perang sudah pasti timbul dibenak fikiran kita adalah peperangan menggunakan senjata tetapi apa pula dikatakan dengan perang siber?Macam permainan counter strike ka?.

Perang siber ini adalah satu serangan keatas sistem maklumat sesebuah kerajaan dan sebagainya.Hal ini kerana ketaksuban masyarakat sekarang terhadap internet telah mewujudkan kebergantungan yang melampau sehinggakan jika sistem diserang dikhuatiri mampu melumpuhkan maklumat negara seperti jabatan kerajaan,perbankan,kewangan dan sebagainya.Tahap serius ini boleh dilihat apabila USA sendiri mengatakan bahawa perang siber merupakan ancaman besar selepas perang nuklear.

Negara-negara yang mempunyai keupayaan tentera siber a.k.a pakar gondam ini mampu melumpuhkan prasarana kritikal maklumat sesebuah negara.

Selain itu juga, melalui internet wujudnya media-media sosial seperti blog dan juga facebook.Kebergantungan masyarakat kepada media ini adalah serius kerana ada segelintir dari kita akan gelisah jika tidak mengemas kini blog dan melihat facebook.


Impaknya kepada masyarakat bukan dibuat-buat.Buktinya apabila Presiden USA pernah memberi amaran kepada golongan remaja mengenai keburukan mendedahkan terlalu banyak maklumat diri didalam laman rangkaian sosial.Syahrir Mat Ali & Fatin Hasnan(2010) mengatakan bahawa rangkaian sosial ini menyumbang kepada masalah disiplin.Keeley Houghton iaitu seorang remaja menjadi individu pertama yang dipenjara di Britain kerana membuli dialam siber selepas menyiarkan ancaman bunuh di facebook.(Syahrir Mat Ali et al,2010).


Suka untuk merujuk satu ayat iaitu "teknologi sememangnya memudahkan tetapi ia sebenarnya bergantung kepada kita untuk menggunakan dengan cara baik atau tidak".Fikir-fikirkanlah...


Sumber gambar: Google


Artikel sama di: http://ammarscct1023.blogspot.com/