Pages

Welcome

Monday, April 18, 2011

Discussion part 1...

Salam,
Hanya beberapa minggu lagi kita semua bakal menjalani final exam bagi semester ni.Masanya berlaku sungguh pantas.Betol x?hehehe.Saya doakan semuanya terbaikkk.

Berbalik kepada tajuk.Semalam tengah asyik belek few topic, saya ada terjumpa pekara menarik yang boleh saya panjangkan disini.Kebetulan saya merasakan blog ini perlu diimarakkan dan saya mengharapkan mampu menarik minat rakan2.InsyaAllah.

Saya teruskan kepada perbincangan kita.Tajuk permulaan/pendahuluan dari subjek gelagat organisasi kerana bersangkutan dengan bidang komunikasi:

............................................

"Pakar2 gelagat manusia dan organisasi sependapat menyatakan bahawa kejayaan terbesar dalam mana2 kerja pengurusan ialah membangunkan hubungan antara-perorangan(interpersonal) yang baik atau dalam perkataan lain memiliki kemahiran hubungan kemanusiaan.Pengetahuan dan kemahiran teknikal tidak memadai dalam menanggani masalah manusia."(Sumber-Modul Gelagat Organisasi, UUM).


So, apa pendapat anda?.

Wednesday, April 6, 2011

The TRUE?

Wednesday, March 30, 2011

Contoh Rujukan Poster...

Minggu2 last nie mmg kepala kita semua agak serabut dengan pelbagai kerja.So, kat sini saya nak shared dgn member2 Frenzo yang masih tiada ilham nak buat poster.Dibawah ada beberapa poster yang boleh digunakan sebagai rujukan kita.Hopefully ia membantu.

1)Poster Komersial:


Poster nie tiada kena mengena dgn minat saya dgn
MAN UTD..hehehe


2)Poster Iklan @ Kempen:







Diharapkan selepas anda melihat beberapa poster ini, ilham akan datang menjelma.InsyaAllah, akan dipermudahkan.


p/s: Anda boleh lihat beribu poster dalam google dan beberapa lagi enjin carian yang lain.


Sumber gambar:Mr. Google

Sunday, February 20, 2011

Pegawai PR ramai peminat...


Sesekali kena cari sesuatu pekara yang lain dari yang lain.Ahaksss..Saya terjumpak satu artikel yang menarik untuk kita bincangkan..Abaikan undian kaum wanita yang mengatakan lelaki paling seksi jika dia merupakan arkitek..

Fokus saya sebenarnya di perenggan yang terakhir.Kaum lelaki memilih pekerjaan Pegawai PR paling seksi dan yang paling menarik adalah bidang-bidang komunikasi yang lain seperti kewartawanan turut berada di top3 pilihan kaum lelaki terhadap pekerjaan yang seksi bagi kaum wanita.



Secara jujur saya melihat bahawa "seksi" itu sendiri subjektif.Kemungkinan pegawai PR dipilih kerana kepetahan mereka dalam berkomunikasi, kecekapan mereka merancang sesuatu pekara ataupun kerana mereka merupakan pakar dalam non-verbal communication.Jadi ia sangat mudah menarik perhatian orang.(Just my opinion).

So, apa pendapat AOCG members?.



p/s: Masih menunggu artikel sis aina kita mengenai lawatannya ke dua buah masjid di Thailand

Thursday, February 17, 2011

Subjek komunikasi semester 7

Salam AOCG members,

Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera.Agak lama blog ini tidak beroperasi disebabkan kesibukan kita dalam menyiapkan tugasan yang diberikan pada semester 7.Saya mengharapkan serta mendoakan tahun 2011(harap tak terlambat) lebih baik,cemerlang dan gemilang berbanding tahun 2010.

Mukadimah yang ringkas dan padat!.Terbaikkk.

Semester 7 boleh dikatakan baru saja bermula dan saya pasti semua rakan sedang bersengkang-mata mencari waktu yang sesuai untuk membuat tugasan.Maklumlah kebanyakkan dari kita sudah bekerja dan masa yang ada sangat beharga.Itu saya pasti.

Ok.Berbalik mengenai subjek komunikasi yang diambil pada semester 7.Kita semua mengambil subjek Komunikasi Perundingan, Undang2 Dalam Komunikasi & Penerbitan Elektronik.Bagi rakan2 senior, ada 2 subjek teras Universiti yang perlu diambil pada semester 7 ni.

3 Subjek komunikasi ini sememangnya menarik untuk dibincangkan kerana ketiga-tiganya mampu menarik minat setiap dari kita.Kemungkinan subjek Undang2 dalam komunikasi akan dibincangkan secara teliti serta berhemah supaya tidak ada fakta yang diputar-belit.Hal ini kerana ia merupakan fakta yang benar-benar fakta.

Subjek Komunikasi perundingan dan penerbitan elektronik begitu menarik untuk dibincangkan di sini kerana kedua-duanya memberi skill kepada kita untuk diaplikasikan dalam urusan pekerjaan.

InsyaAllah, setiap isu atau artikel menarik akan dibincangkan di sini.Selain daripada subjek2 di atas, kami akan cuba berkongsi artikel/isu daripada subjek semester lepas serta subjek yang akan datang kerana apabila kita bercakap atau membincangkan mengenai komunikasi maka ia sebenarnya merupakan bidang penting yang saling berkaitan.


Fakta Teknologi Komunikasi:
Congrats for the marriage of Nokia and Microsoft. The beauty and the beast against Apple and Google. This will be an interesting year for smartphones.



p/s:
Azam tahun baru: 2 artikel/isu sebulan.Mampukah?.Kalau lebih dikira bonus.hehehe