Pages

Welcome

Wednesday, July 28, 2010

Topi TV@TV Hat.

Percaya atau tidak, inilah antara teknologi-teknologi baru yang berada dipasaran sekarang.Mungkin ada yang menggeleng tanda tidak percaya dan ada yg kagum dengan kemajuan teknologi sekarang.

Topi TV/TV HAT merupakan gajet terbaru yang menjadi bualan masyarakat maya pada ketika ini.

Apa yang menarik mengenainya adalah kita boleh menontonnya dengan hanya menyambungkan TV HAT kpd mana-mana pemain multimedia @ iPhone dan kemudian kita boleh menonton di skrin yang terdapat di dalam topi itu.Skrin yang kecil dan sedikit penutup disekelilingnya memberi suasana gelap seperti berada dipanggung wayang.

Agak janggal apabila melihatnya kerana jika kita menggunanya diluar rumah pasti akan menarik minat masyarakat dan secara tak langsung kita dianggap sebagai orang pelik.

Tidak mahu bercoleteh panjang kerana terdapat beberapa gambar di bawah ini yang dapat menarik minat kita mengenai topi TV:










Apa yang pasti di sini adalah ia sememangnya menarik minat masyarakat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Mengenai harganya pula tidak berapa pasti kerana laman web asalnya iaitu www.trytvhat.com ada masalah teknikal.InsyaAllah, saya akan cuba mencari harga topi tersebut.

Walaubagaimanapun, sudah pasti kecanggihan teknologi seperti ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya.Antara kelemahan yang boleh dilihat di sini adalah hubungan kekeluargaan akan semakin terhakis kerana masa menonton bersama keluarga semakin berkurang.Selain itu, pemakaian topi ini dalam jangka masa panjang sudah pasti mempengaruhi mata kita.Jadi, apa pendapat anda mengenai topi ini?.

Dikhuatiri pada satu ketika kelak, diri kita juga boleh diubahsuai menjadi TV.Adakah ia boleh berlaku?.


Saturday, July 24, 2010

~REALITI MAYA~



Salam sahabat...


Hari ni dan malam ini saya ada satu perkara yg nak share dgn sume... Nak kongsi pasal "realiti maya" haaa best tak dengar? Tapi apakah itu realiti maya? Ia merupakan satu program yang membolehkan satu alam maya dibentuk dan membolehkan seseorang pengguna merasai seolah2 mereka berada dalam keadaan alam tersebut. Pengguna akan merasai mereka berada dalam alam yg diciptakan itu dan ia membabitkan penglibatan emosi yg jelas berbanding medium yg lain.


Isu yg cuba saya ketengahkan ini adalah dari subj Media Integratif. Sila rujuk m/s 43 (modul) utk penerangan yg selanjutnya. Saya amat berminat bila penulis modul tersebut ada menyebut mengenai "kerusi Khas". Haa menarik bukan? Sebelum ni apa yg kita tau utk kesan tontonan berbentuk 3D hanyalah dengan mengenakan kaca mata khas untuk menimbulkan penglibatan emosi yg blh dikatakan 100% ketika menonton sesebuah filem dalam wayang gambar misalnya. Saya juga cuba mencari maklumat lanjut mengenai "kerusi khas" ini yg penulis modul Media Integratif katakan. Tp malangnya tiada sebarang maklumat yg ditemui mengenainya.


Saya mohon jasa baik kawan2 utk menambah maklumat mengenai hal ini supaya kita dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman mengenainya. Saya yakin bahawa kawan2 lebih teserlah cara pemikiran dan sentiasa mencuba utk berkongsi sesuatu yg berfaedah untuk members AOCG.

Wednesday, July 21, 2010

Buku Menarik

Dear frenzo a.k.a AOCG members, ada dua buah buku yang ingin aku kongsikan dan kedua-dua buku ini ada kena mengena dengan subjek kita semester nie iaitu subjek Komunikasi organisasi(Puan Sharina) dan subjek kaedah penyelidikan dlm komunikasi(Dr Khairie).Buku-buku nie boleh didapati di kedai2 yang menjualnya(x pasti ada jual or x buku kaedah penyelidikan nie coz buku nie agak lama.Tp isi didalam masih segar..tengok siapa penulis dia) or bagi penduduk aloq setaq, anda boleh mencarinya di library.Ada dua buah sahaja setiap satu.Maybe tinggal satu or maybe ada yg sudah dipinjam.Walaubagaimanapun,cuba mencarinya dahulu sebelum orang lain ambil...hehehe

Komunikasi Organisasi
Isu & cabaran alaf baru
(cuba zoom nama penyelenggara buku nie)


Kaedah Penyelidikan komunikasi& sains sosial
Penulisnya begitu terkenal dalam bidang
KOMUNIKASI

KLIK DIGAMBAR UTK PAPARAN LEBIH JELAS





K.O.M.U.N.I.K.A.S.I

Bagi artikel yang pertama nie, lebih afdal jika diceritakan mengenai apa itu komunikasi?.Masyarakat luar acapkali bertanya apa itu komunikasi.Beberapa kali saya cuba menceritakan kepada saudara terdekat saya mengenai K.O.M.U.N.I.K.A.S.I.Ada yang faham, ada yg masih menggaru kepala.Tetapi secara jujur, saya bangga menceritakan mengenai subjek ini.

Ada sekali mereka bertanya,"apa yg ang belajaq kat sana.X kan selalu p class asyik bercakap ja".katanya.

Dengan tersenyum saya menjelaskan satu persatu.Saya katakan bahawa bercakap itu sebenarnya merupakan salah satu fungsi/alat komunikasi.Apabila kita bercakap maka kita sebenarnya berada di dalam proses komunikasi.Namun sebenarnya, komunikasi lebih luas dari apa yang difikirkan.balasku.Saudaraku terus meminta aku menceritakan secara jelas mengenai komunikasi.


Pensyarah kami Dr Bahar pernah mengatakan bahawa komunikasi merupakan suatu bidang yang kompleks dan bersifat dinamik.Dalam buku komunikasi yang terdapat banyak dipasaran seringkali menceritakan bahawa perkataan komunikasi berasal dari terjemahan bahasa inggeris iaitu communication yang diambil dari perkataan latin iaitu communicare.Puan Haslina pernah bertanya kepada kami, apa yg dimaksudkan dengan communicare?.Kami menjawab communicare tue bermaksud to make common atau mewujudkan persamaan.Justeru apabila kita berkomunikasi, kita sebenarnya cuba mencipta persamaan terhadap sesuatu makna.

Menurut Dance(1970), komunikasi mempunyai banyak takrifan.Antaranya adalah "Komunikasi ialah seni memindahkan maklumat,idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang".Rogers(1960) pula mengatakan bahawa komunikasi sebagai suatu proses apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan untuk mencapai kesefahaman.Selain daripada dua definisi ini, komunikasi sememangnya mempunyai banyak maksud.

Semasa awal pembelajaran,Dr Hassan telah menunjukan kepada kami banyak model komunikasi.Model yang seringkali kami guna sebagai rujukan adalah model BERLO kerana ia begitu mudah untuk diingati selain beberapa model komunikasi.Model tersebut boleh dilihat dibawah ini:


Dr Syd juga telah banyak menunjukkan teori-teori komunikasi dan antara teori-teori yang seronok utk dikaji sudah pasti teori-teori berkaitan hubungan manusia, organisasi, teknologi dan sebagainya.Mungkin utk isu akan datang akan kami ceritakan dengan lebih mendalam.

Secara ringkasnya, terdapat beberapa bentuk mesej komunikasi dan saya pasti bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini semamangnya arif dalam setiap bentuk mesej komunikasi.Antara bentuk mesej komunikasi ini adalah komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.

Perlu di ingat,terdapat banyak jenis komunikasi seperti:
1)Komunikasi Intrapersonal
2)Komunikasi Interpersonal
3)Komunikasi kumpulan
4)komunikasi Organisasi
5)Komunikasi Awam
6)Komunikasi Massa
7)Komunikasi Antarabudaya
8)Perhubungan Awam, Kewartawanan, Periklanan dan Pegawai Penulisan Korporat juga merupakan jenis-jenis komunikasi.
9)DLL.

Bagi artikel yang pertama ini, diharapkan dapat menjelaskan beberapa keraguan yang melibatkan komunikasi.Apa yang penting,komunikasi bukan sahaja bercakap tetapi ia lebih luas dari apa yang kita fikirkan.



Tuesday, July 20, 2010

Apa itu AOCG?.


AOCG???.Apa itu AOCG???.Kepada mereka yang tahu, itu bermakna anda ahli AOCG.Kepada yang belum tahu apa itu AOCG, mari saya ceritakan mengenai sejarahnya.

A.O.C.G bermaksud "An Odyssey of Communication Group". Maksud tersurat dan tersiratnya di sini adalah ia lebih kepada "pengembaraan mencari ilmu ahli-ahli kumpulan kami bagi mencapai cita-cita'.Kami melihat kehidupan kami ibarat pengembaraan yang tidak berpenghujung kerana proses menuntut ilmu bukan sahaja di UUM(tempat kami belajar) tapi dimana-mana sahaja di dalam dunia ini.Jadi dari situlah asal tertubuhnya kumpulan kami.

Secara jujur, pada mulanya nama ini belum lagi dimuktamadkan kerana setiap dari kami mempunyai nama yang di ingini.Jadi, disebabkan kami merupakan pelajar luar kampus maka proses memuktamadkan memakan masa yang agak lama.Disebabkan saudara Amran Ali "memaksa" saya(hehehe) untuk memberikan satu nama untuk beliau create sebuah group dalam Facebook(FB), maka saya dan beliau ingin menggunakan AOCG dahulu buat sementara waktu bagi menunggu nama dari rakan-rakan yang lain.Sambutan yang diterima terhadap group agak menggalakkan kerana hampir separuh dari kami menjadi ahli "AOCG".Separuhnya masih lagi belum mempunyai FB.

Selepas agak lama menunggu, ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa guna sahajalah nama tersebut maka di situlah bermulanya kumpulan AOCG.Penubuhannya juga masih baru iaitu awal tahun 2010.

Objektif, visi, matlamat dan lain-lain semuanya berkaitan pembelajaran kami di Universiti atau dengan lebih tepat lagi perkongsian ilmu dikalangan kami.

Moto kami adalah "Wherever we are, we always comunicate between each others".Perkataan ini dilihat begitu dekat dengan kami kerana melalui teknologi komunikasi, kami sentiasa dekat diantara satu sama lain.Hal ini kerana ada diantara kami yang duduk di Perlis, Alor Star, Pulau Langkawi, Baling, Pulau Pinang, Perak dan sebagainya.Oleh sebab itu, moto ini menjadikan kami SATU.

Inilah serba ringkas mengenai sejarah AOCG.Diharapkan, dengan blog yang terbina akan merapatkan hubungan kami dan secara tidak langsung setiap isu yang dibincangkan akan mendapat sambutan "AOCG MEMBERS".Kepada AOCG members yang belum menjadi ahli di FB, anda diwajibkan menyertai kami.






Episod pengenalan.


Alhamdulillah, bersyukur kami kehadrat Illahi dengan limpah kurnia-NYA telah memberikan kami-AOCG members ilham untuk membuat sebuah blog yang khusus kepada ahli kumpulan kami yang seramai 25 orang.

Secara ringkasnya, penubuhan blog pembelajaran yang khusus membincangkan mengenai subjek kami "Komunikasi Organisasi" telah lama kami bincangkan iaitu semasa pensyarah kami Puan Nurin mengajar subjek Pengantar Teknologi Komunikasi.Namun begitu, akibat dengan pekara-pekara yang tidak dapat dielakkan maka ia tertangguh agak lama.

Namun begitu, selepas berbincang dengan teman rapat yang lain seperti saudari Aina' Hafiza dan Zie Hashim dalam beberapa hari yang lalu maka saya(Ammar Afandi) telah bercadang untuk meneruskan niat ini.Maka sejak dari itu, kami tekad untuk membuat sebuah blog bagi memenuhi tuntutan pembelajaran kami.

Fokus blog ini lebih kepada pembelajaran serta pekara-pekara semasa yang membabitkan KOMUNIKASI.Setiap pekara yang bakal kami paparkan disini lebih kepada kajian-kajian kes, majalah yang telah kami buat, pembelajaran kami dan sebagainya.(Komunikasi/communications adalah sesuatu yang luas).Pokok pangkalnya adalah berkaitan komunikasi yang kami belajar di Universiti Utara Malaysia.

Oleh itu, kami mengharapkan komen-komen yang membina dari anda."ANDA" disini bukan terdiri dari ahli kumpulan kami sahaja TETAPI "anda" bermaksud masyarakat luar yang memasuki ke BLOG ini.Diharapkan dengan komen yang membina dari semua pihak mengenai setiap isu yang kami utarakan mampu memberikan ilmu kepada kami kerana kami masih lagi diperingkat/proses pembelajaran.

Kepada "AOCG members":
Kita semua perlu bersatu hati bagi menjayakan blog ini.Aktifkan blog-blog anda yang lama dahulu(blog pengantar teknologi komunikasi) bagi memberi komen/ulasan seterusnya membincangkan serta memberi pendapat mengenai setiap pekara yang bakal kita bincangkan kelak.InsyaAllah, blog ini akan terus kekal walaupun setiap ahlinya akan membawa haluan masing-masing selepas tamat belajar kelak(kita akan berhubung dan berbincang mengenai komuikasi dll).Peringatan:setiap komen/ulasan yang bakal diberi dalam sesuatu isu yang dibincangkan kelak perlulah menepati tajuk kerana kita tidak mahu "orang" memandang kita sebagai pelajar yang tidak serius dalam pembelajaran.Komen yang lari dari tajuk tidak akan dipaparkan.

Akhir kata, saya ucapkan selamat membaca kepada semua yang memasuki ke "BLOG AOCG CORNER".