Pages

Welcome

Tuesday, July 20, 2010

Apa itu AOCG?.


AOCG???.Apa itu AOCG???.Kepada mereka yang tahu, itu bermakna anda ahli AOCG.Kepada yang belum tahu apa itu AOCG, mari saya ceritakan mengenai sejarahnya.

A.O.C.G bermaksud "An Odyssey of Communication Group". Maksud tersurat dan tersiratnya di sini adalah ia lebih kepada "pengembaraan mencari ilmu ahli-ahli kumpulan kami bagi mencapai cita-cita'.Kami melihat kehidupan kami ibarat pengembaraan yang tidak berpenghujung kerana proses menuntut ilmu bukan sahaja di UUM(tempat kami belajar) tapi dimana-mana sahaja di dalam dunia ini.Jadi dari situlah asal tertubuhnya kumpulan kami.

Secara jujur, pada mulanya nama ini belum lagi dimuktamadkan kerana setiap dari kami mempunyai nama yang di ingini.Jadi, disebabkan kami merupakan pelajar luar kampus maka proses memuktamadkan memakan masa yang agak lama.Disebabkan saudara Amran Ali "memaksa" saya(hehehe) untuk memberikan satu nama untuk beliau create sebuah group dalam Facebook(FB), maka saya dan beliau ingin menggunakan AOCG dahulu buat sementara waktu bagi menunggu nama dari rakan-rakan yang lain.Sambutan yang diterima terhadap group agak menggalakkan kerana hampir separuh dari kami menjadi ahli "AOCG".Separuhnya masih lagi belum mempunyai FB.

Selepas agak lama menunggu, ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa guna sahajalah nama tersebut maka di situlah bermulanya kumpulan AOCG.Penubuhannya juga masih baru iaitu awal tahun 2010.

Objektif, visi, matlamat dan lain-lain semuanya berkaitan pembelajaran kami di Universiti atau dengan lebih tepat lagi perkongsian ilmu dikalangan kami.

Moto kami adalah "Wherever we are, we always comunicate between each others".Perkataan ini dilihat begitu dekat dengan kami kerana melalui teknologi komunikasi, kami sentiasa dekat diantara satu sama lain.Hal ini kerana ada diantara kami yang duduk di Perlis, Alor Star, Pulau Langkawi, Baling, Pulau Pinang, Perak dan sebagainya.Oleh sebab itu, moto ini menjadikan kami SATU.

Inilah serba ringkas mengenai sejarah AOCG.Diharapkan, dengan blog yang terbina akan merapatkan hubungan kami dan secara tidak langsung setiap isu yang dibincangkan akan mendapat sambutan "AOCG MEMBERS".Kepada AOCG members yang belum menjadi ahli di FB, anda diwajibkan menyertai kami.






2 comments:

Ammar Afandi said...

perlukah nama AOCG ditukar..hehehe..komen anda perlu disini.

put3polaris said...

Tak perlu.. kita da sinonim dgn nama ni.. hehe...

Post a Comment