Pages

Welcome

Tuesday, July 20, 2010

Episod pengenalan.


Alhamdulillah, bersyukur kami kehadrat Illahi dengan limpah kurnia-NYA telah memberikan kami-AOCG members ilham untuk membuat sebuah blog yang khusus kepada ahli kumpulan kami yang seramai 25 orang.

Secara ringkasnya, penubuhan blog pembelajaran yang khusus membincangkan mengenai subjek kami "Komunikasi Organisasi" telah lama kami bincangkan iaitu semasa pensyarah kami Puan Nurin mengajar subjek Pengantar Teknologi Komunikasi.Namun begitu, akibat dengan pekara-pekara yang tidak dapat dielakkan maka ia tertangguh agak lama.

Namun begitu, selepas berbincang dengan teman rapat yang lain seperti saudari Aina' Hafiza dan Zie Hashim dalam beberapa hari yang lalu maka saya(Ammar Afandi) telah bercadang untuk meneruskan niat ini.Maka sejak dari itu, kami tekad untuk membuat sebuah blog bagi memenuhi tuntutan pembelajaran kami.

Fokus blog ini lebih kepada pembelajaran serta pekara-pekara semasa yang membabitkan KOMUNIKASI.Setiap pekara yang bakal kami paparkan disini lebih kepada kajian-kajian kes, majalah yang telah kami buat, pembelajaran kami dan sebagainya.(Komunikasi/communications adalah sesuatu yang luas).Pokok pangkalnya adalah berkaitan komunikasi yang kami belajar di Universiti Utara Malaysia.

Oleh itu, kami mengharapkan komen-komen yang membina dari anda."ANDA" disini bukan terdiri dari ahli kumpulan kami sahaja TETAPI "anda" bermaksud masyarakat luar yang memasuki ke BLOG ini.Diharapkan dengan komen yang membina dari semua pihak mengenai setiap isu yang kami utarakan mampu memberikan ilmu kepada kami kerana kami masih lagi diperingkat/proses pembelajaran.

Kepada "AOCG members":
Kita semua perlu bersatu hati bagi menjayakan blog ini.Aktifkan blog-blog anda yang lama dahulu(blog pengantar teknologi komunikasi) bagi memberi komen/ulasan seterusnya membincangkan serta memberi pendapat mengenai setiap pekara yang bakal kita bincangkan kelak.InsyaAllah, blog ini akan terus kekal walaupun setiap ahlinya akan membawa haluan masing-masing selepas tamat belajar kelak(kita akan berhubung dan berbincang mengenai komuikasi dll).Peringatan:setiap komen/ulasan yang bakal diberi dalam sesuatu isu yang dibincangkan kelak perlulah menepati tajuk kerana kita tidak mahu "orang" memandang kita sebagai pelajar yang tidak serius dalam pembelajaran.Komen yang lari dari tajuk tidak akan dipaparkan.

Akhir kata, saya ucapkan selamat membaca kepada semua yang memasuki ke "BLOG AOCG CORNER".







4 comments:

AOCG said...

Mereka yang baca kami ucapkan terima kasih.Kepada members of AOCG, apa tunggu lagi.Jadi pengikut secepat yang mungkin.Blog nie blog kita, jadi kita yang akan menjayakannya.

Ammar Afandi said...

Mengharapkan rakan-rakan untuk aktif.bukan utk setiap hari tapi cukup jika sebulan skali.

put3polaris said...

salam moderator.. ngeee..
Alahmdulillah sahabat telah bjaya memcipta laman yg bmakna ini. Tahniah diucapkan kpd saudara amar yg sentiasa istiqamah dlm membantu team B.comm..

Kepada rakan2 sperjuangan sume.. jum aktifkan diri kia.. jika ada sebarang idea, pdapat, dan isu untuk dperbingcangkan,, sila majukan soalan tersebut ke blog AOCG ini. Kita share, mudah2an dpt tgkatkan pemahaman mgenai apa yg kita pelajari dlm kuliah.. Sy rasa dgn cara ni jg kita mudah mengingati,, mana tau esok2 masuk isu yg kita bincangkn dlm exam.. ha sp yg btuah? kita jg kan? apa pun sy rasa mmg byk lebaikan dr terbina dan terisinya catatan ilmu di laman AOCG ni..

Ammar Afandi said...

moderator????
no thanks to me coz aku cuma wat apa yg aku tahu.membangunkan blog bukan pekara yang perlu ditekankan disini.

apa yg perlu ditekankan adalah komitmen kita sbg ahli AOCG dalam mengemukakan pandangan serta memberi idea mengenai sesuatu isu.

Aku mengharap sangat agar rakan2 kembali aktif menggunakan blog serta secara tidak langsung memberi komen dan berbincang mengenai sesuatu isu yang bakal dibangkitkan.

tidak perlu sampai hari2 menjenguk laman ini.cukuplah utk sekadar sebulan sekali.tetapi bg yang jarang memasuki laman ini kelak, anda pasti rugi jika ramai dari kita ligat dlm membincangkan sesuatu isu tetapi anda masih tidak tahu apa yang kami bincangkan...


aMr7

Post a Comment