Bagi artikel yang pertama nie, lebih afdal jika diceritakan mengenai apa itu komunikasi?.Masyarakat luar acapkali bertanya apa itu komunikasi.Beberapa kali saya cuba menceritakan kepada saudara terdekat saya mengenai K.O.M.U.N.I.K.A.S.I.Ada yang faham, ada yg masih menggaru kepala.Tetapi secara jujur, saya bangga menceritakan mengenai subjek ini.
Ada sekali mereka bertanya,"apa yg ang belajaq kat sana.X kan selalu p class asyik bercakap ja".katanya.
Dengan tersenyum saya menjelaskan satu persatu.Saya katakan bahawa bercakap itu sebenarnya merupakan salah satu fungsi/alat komunikasi.Apabila kita bercakap maka kita sebenarnya berada di dalam proses komunikasi.Namun sebenarnya, komunikasi lebih luas dari apa yang difikirkan.balasku.Saudaraku terus meminta aku menceritakan secara jelas mengenai komunikasi.
Pensyarah kami Dr Bahar pernah mengatakan bahawa komunikasi merupakan suatu bidang yang kompleks dan bersifat dinamik.Dalam buku komunikasi yang terdapat banyak dipasaran seringkali menceritakan bahawa perkataan komunikasi berasal dari terjemahan bahasa inggeris iaitu communication yang diambil dari perkataan latin iaitu communicare.Puan Haslina pernah bertanya kepada kami, apa yg dimaksudkan dengan communicare?.Kami menjawab communicare tue bermaksud to make common atau mewujudkan persamaan.Justeru apabila kita berkomunikasi, kita sebenarnya cuba mencipta persamaan terhadap sesuatu makna.
Menurut Dance(1970), komunikasi mempunyai banyak takrifan.Antaranya adalah "Komunikasi ialah seni memindahkan maklumat,idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang".Rogers(1960) pula mengatakan bahawa komunikasi sebagai suatu proses apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan untuk mencapai kesefahaman.Selain daripada dua definisi ini, komunikasi sememangnya mempunyai banyak maksud.
Semasa awal pembelajaran,Dr Hassan telah menunjukan kepada kami banyak model komunikasi.Model yang seringkali kami guna sebagai rujukan adalah model BERLO kerana ia begitu mudah untuk diingati selain beberapa model komunikasi.Model tersebut boleh dilihat dibawah ini:
Dr Syd juga telah banyak menunjukkan teori-teori komunikasi dan antara teori-teori yang seronok utk dikaji sudah pasti teori-teori berkaitan hubungan manusia, organisasi, teknologi dan sebagainya.Mungkin utk isu akan datang akan kami ceritakan dengan lebih mendalam.
Secara ringkasnya, terdapat beberapa bentuk mesej komunikasi dan saya pasti bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini semamangnya arif dalam setiap bentuk mesej komunikasi.Antara bentuk mesej komunikasi ini adalah komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.
Perlu di ingat,terdapat banyak jenis komunikasi seperti:
1)Komunikasi Intrapersonal
2)Komunikasi Interpersonal
3)Komunikasi kumpulan
4)komunikasi Organisasi
5)Komunikasi Awam
6)Komunikasi Massa
7)Komunikasi Antarabudaya
8)Perhubungan Awam, Kewartawanan, Periklanan dan Pegawai Penulisan Korporat juga merupakan jenis-jenis komunikasi.
9)DLL.
9)DLL.
Bagi artikel yang pertama ini, diharapkan dapat menjelaskan beberapa keraguan yang melibatkan komunikasi.Apa yang penting,komunikasi bukan sahaja bercakap tetapi ia lebih luas dari apa yang kita fikirkan.
4 comments:
komunikasi sememangnya bidang yang luas.
Ya.. angguk2 geleng2 jg merupakan komunikasi.. ia non verbal/bkn lisan.
Sy juga tlh ditanya oleh bbrapa org rakan mengenai apa yg sy pelajari dlm kursus ini. Belum sempat bg pnjelasan, mrk da bkata "kdg2 kita nk pilih kursus pbelajaran ni kena gak tgk keadaan pasaran kj pd ari ni" adus.. sy bsabar.. anggapan sy mrk xfhm apa itu komunikasi yg sbnar.. memandangkn beliau sorg yg petah bbicara dan suka menentang, sy diamkn sy dgn senyuman. Bg sy tika itu, apa yg sy fikirkn mbawa kebaikan agr xblaku ptelingkahan.. Shgga kini sy masih xpbetulkan tanggapan dia mngenai komunikasi. Tp sy tunjukkan skill tsendiri (cewahh) krn dia bijak bg sy.. Dia akn phm apa itu komunikasi scr beransur2.. mudah2an..
Kpd saudara amar yg menulis artikal ini, sy ucpkan tahniah. Ia 1 pmulaan yg baik utk kita melangkah lg, lg dan lg...
yup...anguk2 geleng2 non-verbal communication.seronok sebenaqnya buat kajian pasai non-verbal...
kadang2 org x tau apa komunikasi nie.jadi sbg pelajar komunikasi, kita kena terangkan dengan jelas.moga dgn skill yg kita ada mudah-mudahan dapat menangkis pendapat masyarakat mengenai komunikasi.yg penting sbg palajar komunikasi, kita kena enjoys dengan subjek kita..bila enjoys maka kita lagi seronok nak blajaq komunikasi..
abg cousin aku skang nie cukup berminat nak aku cita pasai komunikasi terutama berkaitan organisasi nie.kadang2 bila jumpak slalu tanya pasai leadership,konflik dan kadang-kala tanya pasai PR...bila dia tanya mmg aku cukup seronok..
maybe next time, saudari zie boleh ketengahkan isu,artikel dan idea2 utk kita bincangkan disini...masih hairan x dak sapa yg komen disini selain kita TETAPI bilangan pengunjung semakin meningkat...
TO AOCG members, plz leave ur comment...PLEASE,I'M BEGGING U.hohoho..(nmpk desperate sangat ka?hahahah)
Iya.. nampaknya begitulah.. sy sdg mencari idea apa yg nk dibincangkan di sini.. nnt kalau da ada sy post.. kpd member aocg yg lain.. sila2 bg isu or pape utk diketengahkan dn dibincangkan.. Mana tau kalau2 wonder something about communication,,, let's talk here guys......
Post a Comment